Wednesday, October 11, 2023

Sejarah Los Angeles

 

Bandar Raya/Kota Los Angeles - seringkali disingkatkan kepada L.A. - adalah bandar besar di barat Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedua terpadat di Amerika Syarikat (selepas Bandaraya New York) dan merupakan bandaraya terbesar di California. Para penjelajah Sepanyol menamai sebuah sungai yang indah dalam bahasa Sepanyol: El Pueblo de Nuestra Señora la Reina de los Ángeles del Río de Porciúncula, dalam bahasa Melayu: "Desa Ibunda Kita Ratu dari para Malaikat di Sungai Porciuncula". Pada 4 September 1781, para penduduk dari Misi San Gabriel mendirikan bandar dan menamainya sesuai dengan nama sungai itu, namun dalam bentuk yang lebih singkat. Nama rasminya adalah El Pueblo de la Reina de los Ángeles, atau "Bandar Ratu dari para Malaikat."

Los Angeles dirasmikan sebagai bandarraya pada 4 April 1850. Penduduknya adalah 3,694,820 penduduk pada bancian 2000. Bancian pada 1 Julai 2004 menunjukkan bahawa penduduknya berjumlah 3,847,400 untuk Bandaraya Los Angeles. Metropolitan Los Angeles jumlah penduduknya lebih dari 12 juta, dan jika ditambah dengan Orange County, sebuah wilayah yang bersempadan di sebelah tenggara, jumlah penduduk mencapai lebih dari 15 juta orang.

Ekonomi Los Angeles didorong oleh sektor pertanian, minyak, perfileman, angkasawan, dan perdagangan luar negeri. Los Angeles adalah pusat masuk terbesar bagi para pendatang di Amerika Syarikat. Los Angeles telah dua kali mengendalikan Olimpik musim panas, dan merupakan pusat bagi institusi ilmiah dan kebudayaan yang terkenal.


Hiburan

Los Angeles juga terkenal akan dunia hiburannya. Tempat yang paling terkenal di Los Angeles untuk hal ini adalah Hollywood.

Di Hollywood terdapat Universal Studio, Mann Chinese Theatre, Hollywood Bowl, dan bukit Hollywood di mana terdapat tulisan Hollywood yang besar.

Disneyland terletak di sebelah tenggara Los Angeles, lebih tepat lagi, di kota Anaheim, Orange County.

Santa Monica, wilayah di sebelah barat terkenal dengan 3rd Street Promenade yaitu sebuah jalan yang khusus untuk pejalan kaki yang ramai dengan gedung dan restoran, serta pantai-nya yang indah.


Kemudahan

Pengangkutan

Los Angeles atau bahagian selatan California secara keseluruhan, terkenal dengan lebuh raya bebas freeway yang lebar dan merentasi banyak daerah.

Kereta adalah keperluan yang sangat penting di selatan California. Dengan penduduk lebih dari 15 juta di metropolitan LA dan Orange County, ada sekitar 12 juta unit kereta. Perusahaan kereta Jepun banyak yang berpusat di daerah ini. Toyota dan Honda memiliki gedung di Torrance, bandar di bagian barat daya. Mitsubishi dan Mazda gedungnya berada di Orange County.

Pengangkutan pukal di LA terdiri dari kereta api bawah tanah subway yang merentasi daerah barat, serta kereta api untuk keluar kota dengan stesyen pusat-nya Union Station di tengah-tengah bandar Los Angeles.

Sejarah Disney Land

 

Disneyland ialah sebuah taman tema milik dan kendalian divisi Walt Disney Parks and Resorts dalam syarikat Walt Disney yang terletak di bandar Anaheim, California, Amerika Syarikat. Taman ini didedikasikan dengan prawara-wara akhbar pada 17 Julai 1955, kemudian dibuka kepada awam pada 18 Julai 1955. Disneyland terkenal sebagai satu-satunya taman tema yang direka dan dibina di bawah seliaan langsung Walt Disney sendiri. Pada tahun 2005, taman ini telah dikunjungi oleh lebih 515 juta pelawat sejak pembukaannya, termasuk presiden, raja dan ketua-ketua negara lain. Pada tahun 1998, taman tema ini dijenamakan semula sebagai "Disneyland Park" untuk membezakannya daripada kompleks Disneyland Resort yang lebih besar. Pada tahun 2007, taman ini menyambut lebih 14,800,000 pengunjung, menjadikannya taman kedua teramai pelawat di dunia, mengekori Magic Kingdom di Walt Disney World.


Susun atur taman

Pandangan udara Disneyland pada tahun 1963, menghadap arah tenggara. Santa Ana Freeway (I-5) di sudut kiri atas. Harbor Boulevard membentuk sempadan timur taman ini. Melodyland Theater kelihatan di atas gambar.

Pandangan udara Disneyland dan kawasan keliling Anaheim pada Mei 1965. Termasuk Disneyland Hotel dengan stesen monorel, Disneyland Heliport, dusun oren, Santa Ana Freeway dan Melodyland Theater.

Taman Disneyland dibahagi kepada "alam-alam" yang terpancar seperti empat mata angin kompas dari Central Plaza, dan kawasan-kawasan pentas belakang yang cukup tersembunyi. Sebaik sahaja menjejak kaki ke dalam satu alam, tetamu menjadi asyik sama sekali dalam suasanya sehingga tidak dapat melihat atau merasa alam yang lain, hasil terkembangnya "pentas" teater dengan laluan lancar dari satu alam ke alam lain. Kawasan awam meliputi keluasan kira-kira 85 ekar (0.133 bt2; 0.344 km2). 

Ketika dibuka dahulu, taman ini terdiri daripada lima kawasan bertema:

Main Street, U.S.A., pekan Midwest awal abad ke-20 berasaskan zaman kanak-kanak Walt Disney

Adventureland, bertemakan hutan

Frontierland, bertemakan kawasan gurun western

Fantasyland, bertemakan fantasi menjadi kenyataan

Tomorrowland, bertemakan dunia masa depan


Sejak dibuka, ditambahnya alam-alam baru berikut:

1957: Holidayland, kawasan rekreasi 9 ekar (0.014 bt2; 0.036 km2) termasuk sarkas dan padang besbol, yang tutup pada awal tahun 1961.

1966: New Orleans Square, berasaskan New Orleans abad ke-19

1972: "Bear Country", bertemakan hutan pergunungan di rantau selatan. Kemudian dinamakan semula Critter Country dengan unsur-unsur dari filem Song of the South.

1993: Mickey's Toontown, bertemakan Toontown yang dilihat dalam filem Who Framed Roger Rabbit

Taman ini dikelilingi oleh landasan tolok sempit yang disokong oleh berma tinggi. Disney's California Adventure Park ditambah pada bekas tempat letak kereta Disneyland.


Kawasan di Disneyland

Terdapat lapan alam bertema yang menempatkan kedai, restoran, hiburan, dan tarikan yang berbeza sekali sesama alam.


Main Street, U.S.A.

Main Street, U.S.A. direka sempena bandar Midwest pada awal abad ke-20. Walt Disney mendapat ilham dari bandar Marceline, Missouri, dan merapatkan kerjasama dengan para pereka dan jurubina untuk membangunkan tarikan Main Street. Inilah kawasan pertama yang dilihat oleh pengunjung sebaik sahaja memasuki taman (kecuali melalui monorel), dan beginilah cara pengunjung memasuki Central Plaza. Di tengah-tengah Magic Kingdom dan di utara Central Plaza terletaknya Sleeping Beauty Castle, yang menyediakan pintu masuk ke Fantasyland melalui jambatan tarik yang menyeberangi parit. Adventureland, Frontierland, dan Tomorrowland disusun di kedua-dua belah istana kota ini.

Main Street, U.S.A. menghidupkan kenangan zaman Victoria di Amerika, lengkap dengan stesen kereta api, medan bandar, pawagam, dewan bandaraya, balai bomba yang dilengkapi enjin pam janaan wap, emporium, kedai-kedai, arked-arked, bas dua tingkat, kereta kuda, jitney dan bermacam-macam memorabilia. Di hujung jauh Main Street, U.S.A. terletaknya Sleeping Beauty Castle, dan Central Plaza (juga dikenali sebagai The Hub), iaitu gerbang utama ke kebanyakan kawasan bertema.

Reka bina Main Street, U.S.A. menggunakan proses menimbulkan ilusi ketinggian yang dikenali sebagai perspektif paksaan yang kerap digunakan dalam perfileman. Binaan-binaan sepanjang Main Street dibina mengikut skala 3/4 di tingkat satu, kemudian 5/8 di tingkat dua, dan skala 1/2 di tingkat tiga, iaitu mengurangkan 1/8 skala untuk setiap tingkat ke atas.


Adventureland

Adventureland menyediakan suasana pengembaraan 1950-an yang mengambil kesempatan dari kegilaan Tiki pascaperang.

Adventureland direka dengan suasana tropika eksotik di sebuah rantau terpencil yang jauh sekali dari dunia bertamadun. Antara tarikannya termasuk tunggangan Jungle Cruise, "Temple of the Forbidden Eye" di Indiana Jones Adventure, dan Tarzan's Treehouse yang diubah suai dari Swiss Family Robinson Tree House dari filem Swiss Family Robinson. Walt Disney's Enchanted Tiki Room yang terletak di pintu masuk Adventureland ialah tarikan utama pertama yang menggunakan Audio-Animatronics, iaitu penyegerakan bunyi dan robotik secara komputer.


New Orleans Square

New Orleans Square yang bertemakan New Orleans pada abad ke-19, dibuka kepada awam pada 24 Julai 1966. Kawasan ini terkenal dengan tarikan Pirates of the Caribbean dan Haunted Mansion serta pertunjukan malam Fantasmic!


Frontierland

Frontierland menghidupkan semula latar zaman peneroka emas di sepanjang perbatasan Amerika. Menurut Walt Disney, "Kita semua harus berbangga dengan sejarah negara kita yang dibentuk oleh penerokaan nenek moyang kita. Pengembaraan kami direka untuk memberikan suasana kehidupan zaman peneroka kepada anda, walau sementara." Di Frontierland terletaknya pancaragam animatronik Pinewood Indians yang berupa orang asli Amerika yang tinggal di tebing Rivers of America. Antara tarikannya termasuk Fantasmic!, Big Thunder Mountain Railroad, Mark Twain Riverboat, Frontierland Shootin' Exposition dan Sailing Ship Columbia, serta "Pirate's Lair at Tom Sawyer Island" yang dibuka pada Mei 2007.


Critter Country

Splash Mountain ialah tarikan berbentuk tunggangan salur kayu balak dalam gelap yang terdapat di tiga Taman Tema Walt Disney, berasaskan filem Song of the South.

Critter Country dibuka pada tahun 1972 sebagai "Bear Country", lalu dinamakan semula pada tahun 1988. Dahulunya, kawasan ini menempatkan Indian Village di mana orang asli sebenar menunjuk cara tarian dan adat resam mereka. Kini, tarikan utamanya ialah Splash Mountain, tunggangan saluran kayu balak yang diilhamkan daripada cerita Uncle Remus oleh Joel Chandler Harris dan segmen-segmen animasi dari filem Song of the South terbitan Disney pada tahun 1946. Pada tahun 2003, tarikan The Many Adventures of Winnie the Pooh menggantikan Country Bear Jamboree yang tutup pada tahun 2001. Country Bear Jamboree pernah menampilkan pertunjukan beruang bernyanayi yang dizahirkan oleh teknologi Audio-Animatronics, boneka kawalan elektronik dan mekanik rekaan Disney.


Fantasyland

Fantasyland ialah kawasan dalam Disneyland yang dikatakan oleh Walt Disney, "Muda-mudi yang mana tidak pernah mengidamkan untuk terbang bersama Peter Pan di angkasa London yang diterangi bulan, atau terserembab ke dalam Wonderland yang dikunjungi oleh Alice. Di Fantasyland, kisah-kisah klasik zaman muda semua orang sudah menjadi kenyataan untuk disertai oleh muda-mudi tak kira usia." Fantasyland pada asalnya bergayakan tapak pesta Eropah zaman pertengahan, tetapi setelah diubah suai pada tahun 1983, rupanya seakan-akan perkampungan Bavaria. Antara tarikannya termasuk dark ride, King Arthur Carrousel, dan tunggangan kanak-kanak.

Pada malam bunga api, beberapa tarikan di Fantasyland ditutup pada pukul 8:30 malam sebelum bunga api dilepaskan pada 9:25 malam.


Mickey's Toontown

Mickey's Toontown dibuka pada tahun 1993 yang menerima sedikit ilham darippada Toontown dari fielm Who Framed Roger Rabbit keluaran Disney pada tahun 1988. Mickey's Toontown umpama kartun 1930-an yang dihidupkan sebagai tempat tinggal watak-watak kartun Disney yang terulung. Toontown menampilkan dua tarikan: Gadget's Go Coaster dan Roger Rabbit's Car Toon Spin. "Bandar" ini juga menjadi tempat terletaknya kediaman Mickey Mouse dan Minnie Mouse.


Tomorrowland

Ketika dibuka pada tahun 1955, Walt Disney mendedikasikan Tomorrowland dengan ucapan: "Masa depan pasti menakjubkan. Saintis-saintis kita hari ini sedang membuka pintu ke Zaman Angkasa kepada pencapaian yang akan memanfaatkan anak-anak kita dan generasi akan datang. Tarikan Tomorrowland direka untuk memberikan peluang kepada anda untuk menyertai pengembaraan yang merupakan rangka tindakan di masa depan."

Penerbit Disneylan Ward Kimball mendapatkan khidmat pakar-pakar roket Wernher von Braun, Willy Ley, dan Heinz Haber sebagai penasihat teknikal untuk rekaan asal Tomorrowland. Tarikan-tarikan dahulu termasuk Rocket to the Moon, Astro-Jets dan Autopia; diikuti jelmaan pertama Submarine Voyage. Kawasan ini menjalani transformasi besar pada tahun 1967 untuk menjadi New Tomorrowland, dan sekali lagi pada tahun 1998 dengan tema "retro-future" yang mengimbau lukisan Jules Verne.

Tarikan masa kini termasuk Space Mountain, Innoventions, Star Tours, Captain EO Tribute, Autopia, Stesen Tomorrowland Disneyland Monorail, Astro Orbitor dan Buzz Lightyear Astro Blasters. Finding Nemo Submarine Voyage dibuka pada 11 Jun 2007, sebagai jelmaan semula Submarine Voyage asal yang tutup pada tahun 1998.

Tuesday, October 3, 2023

Sejarah Amerika Syarikat

 

Amerika Syarikat , ialah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara. Ia sebuah republik berperlembagaan persekutuan terdiri daripada 50 negeri, sebuah daerah persekutuan, lima wilayah yang tidak diperbadankan, 326 tanah rizab Indian, dan sembilan pulau kecil terpencil. Dengan keluasan hampir 3.8 juta batu persegi (9.8 juta kilometer persegi), negara ini merupakan negara keempat atau ketiga terbesar di dunia. Negara ini berfungsi sempadan darat dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan serta sempadan maritim dengan Bahamas, Cuba, Rusia dan banyak lagi. Dengan populasi lebih ramai daripada 331 juta orang, ia adalah negara ketiga paling ramai penduduk di dunia. Ibu negara Amerika Syarikat ialah Washington, D.C., dan bandar yang paling padat sekaligus menjadi pusat kewangannya adalah Bandar Raya New York.


Orang asli yang berasal dari Asia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukan kaum pribumi ini banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orang Eropah. Entiti yang mendahului Amerika Syarikat moden ditubuhkan oleh 13 jajahan British yang terletak di sepanjang hadap laut Atlantik. Pada 4 Julai 1776, para penduduk jajahan ini mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkan Empayar British dalam Revolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya. Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuah republik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa. Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.


Pada abad ke-19, Amerika Syarikat memperoleh tanah dari Perancis, Sepanyol, United Kingdom, dan Rusia. Perselisihan antara negeri-negeri Selatan berasas tani dan Utara berasas industri mengenai hak-hak negeri serta peluasan mencetuskan Perang Saudara Amerika pada 1860-an. Kemenangan pihak Utara mengelakkan perpecahan negara yang berkekalan serta menjadi penyumbang larangan perhambaan di Amerika Syarikat. Menjelang 1870-an, ekonomi negara menjadi yang terbesar di dunia. Perang Sepanyol–Amerika Syarikat dan Perang Dunia Pertama memantapkan taraf negara ini sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani. Ekoran Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjadi dan sebuah anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas berakhirnya, tinggal Amerika Syarikat sahaja sebagai Negara terbesar. Negara ini memenuhi 40% perbelanjaan ketenteraan sedunia di samping menjadi sebuah kuasa ekonomi, politik dan kebudayaan di dunia.


Penamaan

Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemüller menghasilkan sehelai peta dunia yang menamakan kawasan di Hemisfera Barat sebagai "America" sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci.

Nama yang diberikan untuk entiti pecahan tiga belas bekas jajahan British ini mula diungkapkan dalam suatu surat bertarikh 2 Januari 1776 diutuskan Stephen Moylan kepada Lt. Kol. Joseph Reed, adikung George Washington semasa meletusnya Perang Revolusi Amerika. Nama ini kemudiannya diterapkan dalam konteks rasmi dalam Perisytiharan Kemerdekaan gabungan tersebut, “unanimous Declaration of the thirteen united States of America” (Perisytiharan sebulat suara tiga belas Negeri Amerika bersatu) yang diterima oleh “Representatives of the united States of America” (Perwakilan Negeri-Negeri Amerika bersatu) pada 4 Julai tahun sama.

Pada 15 November 1777, Kongres Benua Kedua menerima Perkara-Perkara Pergabungan (Articles of Confederation) yang menyatakan, "The Stile of this Confederacy shall be 'The United States of America'" (Nama Pergabungan ini ialah ‘Negeri-Negeri Amerika Bersatu’.) Perjanjian Perancis-Amerika pada tahun 1778 memakai nama "United States of North America" (Negeri-Negeri Amerika Utara Bersatu), tetapi mulai 11 Julai 1778, "United States of America" dalam bil pertukaran negara, dan semenjak itulah menjadi nama rasmi negara ini.


Padanan dalam bahasa Melayu

Penamaan negara ini dalam bahasa Melayu mula dicetuskan di Hindia Timur Belanda pada awal abad ke-20 melalui nama "Amerika Serikat" - "serikat" atau "sarekat" kata pinjaman Arab: شَرِكَة‎, rumi: syarikah yang bermaksud "perkumpulan (perhimpunan, gabungan, dan sebagainya)". Bahasa Indonesia masih mengekalkan nama berejaan "serikat" ini, namun bahasa-bahasa Melayu baku lain se-Nusantara termasuk Bahasa Malaysia lebih dominan mengolah komponen ini kepada "syarikat" (lalu menjadi "Amerika Syarikat") mengikuti bentuk kata Arab asal tersebut.


Sejarah


Peribumi Amerika dan Pendatang Eropah

Kaum peribumi Amerika Syarikat (termasuk Alaska) dipercayai berhijrah dari Asia, sekitar 12,000–40,000 tahun dahulu. Ada di antara mereka yang berjaya mendirikan pertanian canggih, seni bina hebat dan masyarakat kenegaraan, seperti kebudayaan Mississippi pra-Columbus. Semenjak datangnya orang Eropah untuk menduduki benua Amerika, jutaan pribumi Amerika mati akibat wabak penyakit diimport seperti cacar air.

Pada tahun 1492, seorang pengembara dari Genoa, Christopher Columbus, di bawah kontrak kerajaan Sepanyol, menemui beberapa pulau di Karibia, lantas berhubung dengan orang asli buat julung kalinya. Pada 2 April 1513, konkuistador Sepanyol, Juan Ponce de León mendarat di tempat yang dinamainya "La Florida"—catatan sulung ketibaan orang Eropah di tanah besar AS. Petempatan Sepanyol di kawasan ini disusuli oleh kawasan barat daya AS yang menarik ribuan dari Mexico. Pedagang bulu Perancis menubuhkan kota kara Perancis Baru di sekitar Tasik-Tasik Besar Amerika Utara; lama-kelamaan, Perancis menuntut sebahagian besar pedalaman benua ini sampai sejauh Teluk Mexico. Orang Inggeris mula-mula berjaya mendirikan petempatan iaitu Koloni Virginia di Jamestown pada tahun 1607, disusuli Koloni Plymouth oleh golongan Pilgrim pada tahun 1620. Pada tahun 1628, Koloni Teluk Massachusetts menerima piagamnya sehingga menarik gelombang penghijrah; pada tahun 1634, New England diduduki oleh kira-kira 10,000 orang Puritan. Mulai akhir 1610-an hingga zaman Revolusi Amerika, kira-kira 50,000 banduan dihantar ke koloni British di Amerika. Mulai tahun 1614, orang Belanda menduduki sekitar hilir Sungai Hudson, termasuklah New Amsterdam di Pulau Manhattan.

Pada tahun 1674, Belanda menyerahkan wilayahnya di Amerika kepada England, maka wilayah Belanda Baru diberi nama baru iaitu New York. Ramai lagi penghijrah baru, terutamanya ke kawasan Selatan, merupakan kuli kontrak—kira-kira dua pertiga semua pendatang Virginia dari tahun 1630 hingga 1680. Menjelang awal abad ke-18, hamba abdi dari Afrika menjadi sumber utama tenaga buruh terikat. Ekoran pembahagian Carolina (1729) dan penjajahan Georgia (1732), tertubuhnya 13 jajahan British yang bakal membentuk Amerika Syarikat. Kesemua jajahan tersebut ada kerajaan tempatan yang dipilih oleh kebanyakan warga lelaki yang bebas, kuat berpegang pada hak orang Inggeris kuno sambil berkerajaan sendiri, sehingga merangsang semangat republikanisme. Perdagangan hamba Afrika tidak dilarang di kesemua jajahan itu. Oleh sebab kadar kelahiran tinggi, kadar kematian rendah, dan kedatangan penghijrah yang mantap, bilangan penduduk jajahan-jajahan semakin ramai. Pergerakan kebangkitan Kristian pada 1730-an dan 1740-an, dikenali sebagai Kebangkitan Besar memupuk minat terhadap agama dan kebebasan beragama. Dalam Perang Perancis dan Indian, tentera British merampas Kanada dari Perancis, tetapi kawasan penutur bahasa Perancis masih terpencil siasahnya dari jajahan-jajahan selatan. Kesemua 13 jajahan itu diduduki oleh 2.6 juta orang pada tahun 1770, bersamaan satu pertiga penduduk Britain, tidak termasuk kaum pribumi (“Indian”); kira-kira satu perlima penduduk Amerika ini adalah hamba berkulit hitam. Walaupun terpaksa membayar cukai kepada kerajaan British, penduduk koloni Amerika tidak mendapat perwakilan di Parlimen Great Britain.


Kemerdekaan dan perluasan

Ketegangan antara penduduk koloni Amerika dan British ketika zaman Revolusi Amerika pada 1760-an dan awal 1770-an, membawa kepada Perang Revolusi Amerika yang berlarutan dari tahun 1775 hingga 1781. Pada 14 Jun 1775, Kongres Kebenuaan yang bersidang di bandar Philadelphia, menubuhkan Tentera Kebenuaan yang diketuai oleh George Washington. Atas perisytiharan bahawa "setiap manusia diciptakan sama taraf" yang diberi "hak-hak yang tidak boleh dinafikan," Kongres menerima Perisytiharan Kemerdekaan yang dirangka terutamanya oleh Thomas Jefferson, pada 4 Julai 1776. Pada tarikh inilah, Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat disambut setiap tahun. Pada tahun 1777, Perkara-Perkara Pergabungan menubuhkan sebuah kerajaan gabungan lemah yang bertahan sehingga tahun 1789.

Setelah British tewas kepada angkatan Amerika dengan bantuan Perancis, Great Britain akhirnya akur kepada kemerdekaan Amerika Syarikat dan kedaulatan negeri-negeri berkenaan atas wilayah Amerika di barat Sungai Mississippi. Sebuah konvensyen perlembagaan diaturkan pada tahun 1787 oleh pihak yang ingin menubuhkan kerajaan kebangsaan yang kukuh dengan kuasa mengenakan cukai. Perlembagaan Amerika Syarikat diratifikasi pada tahun 1788, maka Senat dan Dewan Perwakilan sulung republik baru ini, serta presidennya, George Washington, menyandang tugas masing-masing pada tahun 1789. Perakuan Hak yang melarang sekatan terhadap kebebasan peribadi serta menjamin berbagai-bagai perlindungan undang-undang oleh kerajaan persekutuan, diterima pada tahun 1791.

Pendirian terhadap perhambaan semakin berubah; terdapat satu fasal dalam Perlembagaan yang mempertahankan perdagangan hamba Afrika sehingga tahun 1808. Negeri-negeri Utara mengharamkan amalan perhambaan pada tahun 1780 hingga 1804, maka tinggal negeri-negeri Selatan sahaja sebagai negeri hamba yang mempertahankan "institusi khusus" ini. Kebangkitan Besar Kedua yang bermula sekitar tahun 1800, menjadikan evangelikalisme penggerak pergerakan pembaharuan seperti faham penghapusan.


Perolehan wilayah mengikut tarikh

Keinginan Amerika Syarikat untuk meluas ke arah barat mencetuskan serantaian peperangan yang berlarutan dengan kaum Indian. Pembelian Louisiana dari wilayah tuntutan Perancis di bawah kepimpinan Presiden Thomas Jefferson pada tahun 1803 sedikit sebanyak menggandakan keluasan negara. Perang 1812 yang diisytiharkan terhadap Britain atas bermacam-macam ketidakpuasan hati antara kedua-dua pihak, sehingga berakhir dengan seri, mengukuhkan lagi semangat kebangsaan AS. Serangan mendadak tentera AS terhadap Florida berulang-ulang akhirnya memaksa Sepanyol untuk menyerahkan negeri itu dan wilayah Pantai Teluk lain yang dituntutnya pada tahun 1819. Penghalauan warga peribumi secara besar-besaran di rantau selatan pada 1830-an yang diberi nama "Jejak Bertangisan" (Trail of Tears) merupakan contoh dasar penyingkiran Indian yang merampas tanah yang diduduki oleh orang pribumi. Amerika Syarikat mengilhakkan Republik Texas pada tahun 1845. Pada masa yang sama, konsep “Masa Depan Tersurat” (Manifest Destiny) semakin mendapat sambutan hangat. Perjanjian Oregon 1846 dengan Britain membawa kepada penguasaan wilayah yang kini menjadi Barat Laut Amerika Syarikat. Kemenangan AS dalam perang Mexico memaksa Mexico menyerahkan negeri California dan sebahagian besar kawasan Barat Daya Amerika pada tahun 1848. Kerubut Emas California pada tahun 1848–49 mendorong lagi penghijrahan ke arah barat, dimudahkan lagi oleh pembinaan landasan kereta api baru yang pada masa yang sama memburukkan lagi perselisihan dengan pribumi Amerika. Sepanjang setengah abad lebih, hampir 40 juta ekor bison Amerika disembelih untuk kulit dan dagingnya serta memudahkan peluasan landasan kereta api. Kemerosotan populasi bison ini yang menjadi sumber utama untuk kehidupan kaum Indian dataran, menyebabkan kewujudan budaya pribumi teruk terjejas.


Perang Saudara dan pengindustrian

Perselisihan antara negeri hamba dan “negeri bebas” memuncak dengan perbalahan mengenai hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan, serta kekecohan gara-gara berleluasanya perhambaan ke negeri-negeri baru. Abraham Lincoln, calon Parti Republikan yang menentang keras perhambaan, dipilih untuk menjadi presiden pada tahun 1860. Sebelum beliau sempat mengangkat sumpah, tujuh negeri hamba mengisytiharkan pemisahan dari AS (walaupun dianggap tidak sah di sisi undang-undang oleh kerajaan persekutuan) lalu membentuk Negeri-negeri Gabungan Amerika. Selepas Fort Sumter diserang oleh Gabungan, bermulalah Perang Saudara Amerika dan empat lagi negeri hamba yang menyertai Gabungan itu. Pengisytiharan Pembebasan oleh Lincoln pada tahun 1863 mengisytiharkan kebebasan kaum hamba di negeri-negeri Gabungan. Selepas kemenangan Kesatuan pada tahun 1865, tiga pindaan dibuat pada Perlembagaan AS untuk untuk menjamin kebebasan bagi hampor empat juga orang Amerika Afrika yang diperhambakan selama ini, serta memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi kepada mereka. Peperangan itu dan peleraiannya membawa kepada meningkatnya lagi kuasa persekutuan AS.

Selepas peperangan, kejadian pembunuhan Lincoln meradikalkan dasar-dasar Pembinaan Semula parti Republikan yang bertujuan menyepadukan dan membina semula negeri-negeri Selatan sambil menjamin hak-hak kaum hamba yang baru dibebaskan. Namun demikian, peleraian kepada pertikaian pilihanraya presiden 1876 oleh Kompromi 1877 menamatkan proses Pembinaan Semula; disusuli oleh undang-undang Jim Crow yang melucutkan hak mengundi kaum Afrika. Di Utara, proses pembandaran dan kemasukan penghijrah beramai-ramai dari Eropah Selatan dan Timur mempercepat pengindustrian negara ini. Gelombang penghijrahan yang berkekalan hingga tahun 1929, menyediakan tenaga kerja yang mencukupi sambil mengubah wajah budaya Amerika. Pembangunan prasarana negara mendorong lagi pembangunan ekonomi. Pembelian Alaska dari Rusia pada tahun 1867 melengkapkan peluasan tanah besar negara. Pembunuhan beramai-ramai Wounded Knee pada tahun 1890 merupakan konflik bersenjata besar terakhir dalam rantaian Perang Indian. Pada tahun 1893, pemerintahan beraja pribumi di Kerajaan Hawaii di Lautan Pasifik, digulingkan oleh rampasan kuasa yang diterajui oleh penduduk Amerika; AS mengilhakkan kepulauan tersebut pada tahun 1898. Pada tahun yang sama, kemenangan perang terhadap Sepanyol menunjukkan bahawa AS merupakan sebuah kuasa dunia sambil membolehkan negara itu mengilhakkan Puerto Rico, Guam, dan Filipina. Filipina mencapai kemerdekaan setengah abad kemudian; Puerto Rico dan Guam kekal sebagai wilayah AS.


Perang Dunia dan Kemelesetan Besar


Pada saat meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali. Ramai warga Amerika bersimpati dengan British dan Perancis, tetapi ramai juga yang tidak setuju AS campur tangan. Pada tahun 1917, Amerika Syarikat Pihak Berikat untuk membantu menumpaskan Kuasa Pusat. Selepas perang, Senat tidak meratifikasi Persetiaan Versailles yang menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa, sebaliknya mengamalkan dasar unilateralisme yang hampir-hampir memencilkan negara daripada hal-ehwal dunia. Pada tahun 1920, pergerakan hak wanita menjayakan pindaan perlembagaan yang memberikan hak mengundi kepada wanita. Kemakmuran yang dinikmati pada 1920-an berakhir dengan Kejatuhan Wall Street 1929 yang mencetuskan Kemelesetan Besar. Setelah dipilih menjadi presiden pada tahun 1932, Franklin D. Roosevelt bertindak melaksanakan dasar-dasar New Deal yang menguatkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Kejadian Dust Bowl pada tengah 1930-an menyebabkan ramai komuniti petani kemiskinan lalu mencetuskan gelombang baru penghijrahan ke arah barar.

Amerika Syarikat yang kekal berkecuali pada awal Perang Dunia Kedua apabila Jerman Nazi menyerang Poland pada September 1939, mula membekalkan bahan mentah kepada Pihak Berikat mulai Mac 1941 menerusi rancangan Lend-Lease. Pada 7 Disember 1941, Empayar Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbor, sehingga mendorong AS untuk menyertai Pihak Berikat untuk menentang kuasa Paksi sambil menahan ribuan orang keturunan Jepun dalam negara. Penglibatan AS dalam peperangan mendorong pelaburan modal sambil memperbesar kapasiti industri. Amerika Syarikat menjadi satu-satunya negara penempur utama yang menjadi lebih kaya ekoran perang ini, berbanding negara-negara lain yang kemiskinan. Persidangan Pihak Berikat di Bretton Woods dan Yalta menggariskan sistem pertubuhan antarabangsa baru yang meletakkan AS dan Kesatuan Soviet sebagai tumpuan utama hal ehwal dunia. Selepas kejayaan perang di Eropah, sebuah persidangan antarabangsa diadakan di San Francisco pada tahun 1945, untuk menerbitkan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkuatkuasa selepas perang. AS yang membangunkan senjata nuklear pertama di dunia, menggunakannya untuk meledak bandaraya-bandaraya Hiroshima dan Nagasaki pada bulan Ogos. Jepun menyerah kalah pada 2 September, maka berakhirnya peperangan.


Perang Dingin dan politik bantah-membantah


Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Kesatuan berebut-rebut untuk kekuasaan dalam Perang Dingin, mendominasi hal-ehwal ketenteraan Eropah melalui NATO dan Pakatan Warsaw. AS memupuk demokrasi liberal dan kapitalisme, manakala pihak Soviet memupuk fahaman komunisme dan ekonomi terancang pusat. Kedua-dua pihak memberikan sokongan kepada kerajaan diktator serta melibatkan diri dalam perang proksi. Tentera Amerika melawan angkatan China Komunis dalam Perang Korea pada tahun 1950–53. Jawatankuasa Kegiatan Bukan Amerika House menjalankan siasatan berturut-turut terhadap unsur-unsur subversi haluan kiri, sementara Senator Joseph McCarthy menjadi tokoh sentimen anti-komunis utama.

Pelancaran penerbangan manusia pertama di angkasa oleh pihak Soviet pada tahun 1961 mendorong seruan Presiden John F. Kennedy agar AS menjadi negara pertama yang mendaratkan manusia di bulan; ini tercapai pada tahun 1969. Kennedy juga berdepan dengan pertempuran nuklear yang hebat dengan kuasa Soviet di Cuba. Sementara itu, AS menikmati peluasan ekonomi yang mapan. Sebuah pergerakan hak awam yang dilambangkan dan dipimpin oleh kaum Amerika Afrika seperti Rosa Parks, Martin Luther King, Jr., dan James Bevel, menggunakan cara tanpa keganasan untuk melawan pengasingan dan diskriminasi kaum. Ekoran pembunuhan John F. Kennedy pada tahun 1963, Akta Hak Awam 1964 dan Akta Hak Mengundi 1965 diluluskan di bawah kepimpinan Presiden Lyndon B. Johnson. Johnson dan penggantinya, Richard Nixon, meluaskan perang proksi di Asia Tenggara ke dalam Perang Vietnam yang tidak menyebelahi AS. Berleluasanya pergerakan budaya saingan yang didorong oleh penentangan terhadap perang Vietnam, nasionalisme kulit hitam, dan revolusi seks. Betty Friedan, Gloria Steinem, dan lain-lain menerajui gelombang feminisme baru yang memperjuangkan kesaksamaan politik, sosial dan ekonomi untuk kaum wanita.

Kesan skandal Watergate pada tahun 1974, Nixon menjadi presiden AS pertama yang meletak jawatan supaya mengelak daripada dicabar atas tuduhan menyekat proses kehakiman dan salah guna kuasa, lalu menyerahkan jawatannya kepada Naib Presiden Gerald Ford. Pentadbiran Jimmy Carter pada akhir 1970-an dibelenggui oleh stagflasi dan krisis tebusan Iran. Pemilihan Ronald Reagan selaku presiden pada tahun 1980 mengarak perubahan haluan politik AS ke arah kanan, yang dicerminkan dalam perubahan besar dalam keutamaan percukaian dan perbelanjaan. Penggal kedua beliau menyaksikan skandal Iran-Contra dan makin eratnya hubungan diplomatik bersama Kesatuan Soviet. Keruntuhan Soviet akhirnya menamatkan Perang Dingin.


Terkini


Di bawah kepimpinan George H. W. Bush, AS memainkan peranan utama dalam Perang Teluk dengan kelulusan PBB. Peluasan ekonomi terlama dalam sejarah moden AS—dari Mac 1991 hingga Mac 2001—melingkungi zaman pentadbiran Bill Clinton dan gelembung dot-com. Kejadian tuntutan mahkamah awam dan skandal seks menyebabkan Clinton dicabar pada tahun 1998, tetapi beliau berjaya mengharunginya dan mengekalkan jawatannya. Pilihan raya presiden 2000, antara yang paling sengit dalam sejarah AS, dileraikan oleh keputusan Mahkamah Agung AS bahawa George W. Bush, anak kepada George H. W. Bush, menjadi presiden.

Pada 11 September 2001, pengganas al-Qaeda menghempas World Trade Center di Bandaraya New York City dan The Pentagon dekat Washington, D.C., menyebabkan hampir tiga ribu orang terkorban. Sebagai tindak balas, kepimpinan Bush melancarkan Perang Terhadap Keganasan sedunia. Pada Oktober 2001, tentera AS mengetuai serangan terhadap Afghanistan untuk menggulingkan kerajaan Taliban serta memburu kem latihan al-Qaeda; sehingga kini, mereka masih melawan pemberontak Taliban dalam perang gerila. Pada tahun 2002, kerajaan Bush mula menggesa perubahan rejim di Iraq atas sebab-sebab yang penuh kontroversi. Tanpa sokongan NATO atau mandat PBB untuk campur tangan ketenteraan, Bush menganjurkan “campuran pihak yang rela” (campuran kerelaan); angkatan campuran menyerang Iraq pada tahun 2003 dan berjaya menggulingkan diktator Saddam Hussein. Pada tahun 2005, Taufan Katrina mengakibatkan kemusnahan berleluasa di sepanjang rantau Pantai Teluk, sehingga meranapkan bandar New Orleans. Pada 4 November 2008, dalam economic recession, Barack Obama dilantik sebagai presiden keturunan Afrika pertama di AS. Pada tahun 2010, beliau menyelia pelaksanaan pembaharuan penjagaan kesihatan dan sistem kewangan secara besar-besaran. Kejadian tumpahan minyak Deepwater Horizon di Teluk Mexico yang bermula pada April 2010 menjadi bencana minyak masa aman yang terbesar dalam sejarah dunia.


Geografi


Keluasan daratan tanah besar Amerika Syarikat kira-kira 1.9 bilion ekar (770 juta hektar). Negeri Alaska yang terpisah dari tanah besar dengan Kanada, ialah negeri terbesar dengan keluasan 365 juta ekar (150 juta hektar). Negeri Hawaii yang menduduki sebuah kepulauan di tengah-tengah Pasifik di barat daya Amerika Utara, ada lebih 4 juta ekar tanahnya (1.6 juta hektar). Amerika Syarikat merupakan negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan (daratan dan perairan), mengekori Rusia dan Kanada, dan berada di hadapan atau belakang China. Ketidaktentuan kedudukan ini disebabkan oleh pengiraan dua wilayah yang dipertikai antara China dan India, serta cara pengiraan jumlah keluasan Amerika Syarikat: CIA World Factbook menyatakan 3,794,101 batu persegi (9,826,675 km2), tetapi Bahagian Statistik PBB menyatakan 3,717,813 bt2 (9,629,091 km2), and the Encyclopædia Britannica gives 3,676,486 bt2 (9,522,055 km2). Untuk keluasan daratan sahaja, Amerika Syarikat adalah ketiga terluas di belakang Rusia dan China, tetapi di hadapan Kanada.

Dataran persisiran hadap laut Atlantik memberikan laluan kepada hutan daun luruh yang jauh di pedalaman, dan bukit-bukau beralun di Piedmont. Pergunungan Appalachian memisahkan hadap laut timur dengan Tasik-Tasik Besar dan tanah rumput Midwest. Sungai Mississippi–Missouri, sistem sungai keempat terpanjang di dunia, mengalir dari utara ke selatan di tengah-tengah negara. Kawasan prairie yang rata dan subur di Great Plains terbentang ke arah barat, tetapi dicelah oleh sebuah kawasan tanah tinggi di tenggaranya. Pergunungan Rocky, di pinggir barat Great Plains, menganjur rentas negara dari utara hingga selatan, mencecah altitud 14,000 kaki (4,300 m) di negeri Colorado. Jauh di barat lagi terletaknya Lembangan Besar yang berbatu-batuan dan kawasan gurun seperti Mojave. Banjaran gunung Sierra Nevada dan Cascade menjangkau sampai ke pantai Pasifik. Pada ketinggian 20,320 kaki (6,194 m), Gunung McKinley di Alaska ialah puncak tertinggi di negara dan juga Amerika Utara. Gunung berapi hidup banyak terdapat di seluruh kepulauan Alexander dan Aleut di Alaska, dan juga kepulauan Hawaii. Gunung berapi super yang terletak di bawah Taman Negara Yellowstone di pergunungan Rocky merupakan sifat gunung berapi terbesar di benua ini.

Disebabkan keluasan dan kepelbagaian geografinya, negara Amerika Syarikat merangkumi pelbagai jenis iklim. Di timur meridian ke-100, ciri-ciri iklimnya terdiri daripada kebenuaan lembap di utara hingga subtropika lembap di selatan. Hujung selatan negeri Florida beriklim tropika, begitu juga dengan negeri Hawaii. Rantau Great Plains di barat meridian ke-100 itu beriklim separa gersang. Kebanyakan pergunungan Barat beriklim alp. Iklim gersang dialami di Lembangan Besar, kawasan gurun di Barat Daya, Mediterranean di kawasan pantai California, dan kelautan di pantai Oregon dan Washington, dan Alaska selatan. Sebahagian besar negeri Alaska beriklim kutub atau subartik. Cuaca melampau tidak jarang dialami — negeri-negeri di tepi Teluk Mexico terdedah kepada ribut taufan, dan kebanyakan puting beliung di dunia berlaku dalam negara ini, terutamanya Tornado Alley di Midwest.


Ekologi Amerika Syarikat merupakan "megadiversiti": kira-kira 17,000 spesies tumbuhan pembuluh terdapat di tanah besar AS dan Alaska, manakala lebih 1,800 spesies tumbuhan berbunga ditemui di Hawaii, yang mana sebahagian kecilnya terdapat di tanah besar. The United States is home to more than 400 mammal, 750 bird, and 500 reptile and amphibian species. Kira-kira 91,000 spesies serangga berjaya diperihalkan di AS. Akta Haiwan Terancam 1973 melindungi spesies-spesies terancam dan habitatnya yang dipantau oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat. Terdapat 58 taman negara dan ratusan lagi taman dan hutan simpanan yang diuruskan oleh pihak berkuasa persekutuan. Keseluruhannya, kerajaan memiliki 28.8% keluasan daratan negara. Kebanyakan kawasan berkenaan adalah terlindung, tetapi sebahagiannya dipajakkan untuk tujuan penggalian minyak dan gas, perlombongan, pembalakan, atau penternakan lembu; 2.4% digunakan untuk tujuan ketenteraan.


Kerajaan


Amerika Syarikat ialah negara persekutuan terlama yang wujud di dunia. Ia mengamalkan sistem kerajaan republik berperlembagaan dan demokrasi berperwakilan, "yang mana pemerintahan majoriti dilembutkan oleh hak minoriti yang dilindungi oleh undang-undang." Kerajaan AS dikawal oleh sistem sekatan dan imbangan yang ditakrifkan oleh Perlembagaan AS, iaitu dokumen perundangan tertinggi di negara. Lazimnya dalam sistem persekutuan AS, rakyat tertakluk kepada tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan; tanggungjawab kerajaan tempatan dipecahkan kepada kerajaan kaunti dan perbandaran. Selalunya, pegawai eksekutif dan perundangan dipilih oleh rakyat mengikut undian terbanyak di setiap daerah. Perwakilan berkadar tiada di peringkat persekutuan, dan jarang sekali ditemui di peringkat bawahan.

Kerajaan persekutuan terdiri daripada tiga cabang:

Perundangan: Kongres dwidewan yang terdiri daripada Senat dan Dewan Perwakilan, menggubal undang-undang persekutuan, mengisytiharkan peperangan, meluluskan perjanjian, memegang kuasa kewangan dan kuasa pencabaran untuk melucutkan jawatan ahli kerajaan.

Eksekutif: Presiden ialah panglima besar tentera, boleh memveto rang undang-undang sebelum digubal, dan melantik ahli-ahli Kabinet (setelah direstui oleh Senat) dan pegawai-pegawai lain yang mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan persekutuan.

Kehakiman: Mahkamah Agung dan mahkamah-mahkamah persekutuan bawahan, yang dilantik para hakimnya oleh presiden dengan kelulusan Senat, mentafsir undang-undang serta mengubah undang-undang yang didapati tidak mengikut perlembagaan.

Dewan Perwakilan ada 435 orang ahli mengundi, setiap seorang mewakili sebuah daerah kongres untuk penggal dua tahun. Kerusi-kerusi Dewan diagih-agihkan mengikut jumlah penduduk setiap negeri sepuluh tahun sekali. Mengikut banci 2000, tujuh negeri mempunyai minimum seorang wakil, manakala California, negeri paling ramai penduduknya, ada 53 wakil. Senat mempunyai 100 orang ahli, iaitu dua orang senator dari setiap negeri, yang dipilih oleh seluruh penduduk negeri untuk penggal enam tahun; satu pertiga kerusi Senat dipertandingkan dalam pilihan raya berselang tahun. Presiden berkhidmat untuk penggal empat tahun dan boleh dipilih tidak lebih daripada dua kali. Presiden tidak dipilih secara undian terus, sebaliknya menerusi sistem badan pemilih tak langsung, yang mana undian-undian penentu diagih-agihkan mengikut negeri. Mahkamah Agung yang diketuai oleh Ketua Hakim Amerika Syarikat, mempunyai sembilan ahli yang berkhidmat sepanjang hayat.

Kerajaan negeri juga lebih kurang sama strukturnya; hanya negeri Nebraska ada badan perundangan ekadewan. Gabenor (ketua eksekutif) setiap negeri dipilih secara terus oleh rakyat. Sesetengah hakim negeri dan pegawai kabinet dilantik oleh gabenor negeri masing-masing, manakala yang lain pula dipilih oleh pengundi.

Semua undang-undang dan prosedur kerajaan tertakluk kepada kajian semula kehakiman. Mana-mana undang-undang yang didapati menyalahi Perlembagaan dijadikan tidak sah. Teks asal Perlembagaan menetapkan struktur dan tanggungjawab kerajaan persekutuan serta hubungannya dengan setiap negeri. Perkara Satu melindungi hak "writ besar" habeas corpus, manakala Perkara Tiga menjamin hak mendapatkan perbicaraan juri untuk semua kes jenayah. Pindaan-pindaan pada Perlembagaan memerlukan kelulusan tiga perempat negeri. Perlembagaan AS telah dipinda sebanyak 27 kali; sepuluh pindaan terawal yang membentuk Perakuan Hak, dan Pindaan Keempat Belas membentuk landas utama hak individu warga AS.


Parti, ideologi, dan politik


Politik Amerika Syarikat mengetengahkan sistem dua parti sepanjang sejarahnya. Untuk jawatan terpilih di kebanyakan peringkat, pilihan raya pendahuluan tadbiran negeri memilih calon parti utama untuk pilihan raya umum seterusnya. Sejak pilihan raya umum 1856, parti-parti utama adalah Parti Demokrat yang ditubuhkan pada tahun 1824, dan Parti Republikan yang ditubuhkan pada tahun 1854. Sejak Perang Saudara, hanya seorang calon presiden parti ketiga—bekas presiden Theodore Roosevelt yang bertanding sebagai ahli Progresif dalam 1912—telah memenangi sebanyak 20% undian awam.

Dalam budaya politik AS, Parti Republikan dilihat sebagai parti haluan kanan tengah atau "konservatif", manakala Parti Demokrat berhaluan kiri tengah atau "liberal". Negeri-negeri Timur Laut dan Pantai Barat, dan sesetengah negeri Tasik-Tasik Besar, iaitu "negeri biru", dianggap cenderung kepada fahaman liberal, berbanding dengan "negeri merah" di Selatan dan sebahagian Dataran Besar dan Pergunungan Rocky yang agak konservatif.


Pembahagian politik


Amerika Syarikat ialah sebuah kesatuan persekutuan 50 negeri. 13 negeri asal merupakan pewaris 13 koloni yang memberontak pemerintahan British. Pada awal sejarah negara, tiga negeri baru terhasil dalam wilayah yang dipecahkan daripada tuntutan negeri-negeri sedia ada, iaitu: Kentucky dari Virginia; Tennessee dari Carolina Utara; dan Maine dari Massachusetts. Kebanyakan negeri-negeri lain dibuka dalam wilayah yang diperoleh menerusi peperangan atau pembelian oleh kerajaan AS. Vermont, Texas, dan Hawaii pula pernah menjadi republik bebas sebelum menganggotai kesatuan. Ketika Perang Saudara Amerika, Virginia Barat berpecah dari negeri Virginia. Semua negeri tidak berhak untuk berpisah dari kesatuan.

Hampir seluruh daratan AS diduduki oleh negeri-negerinya; selebihnya dilingkungi oleh Daerah Columbia, daerah persekutuan yang mana terletaknya ibu negara, Washington; dan Atol Palmyra, sebuah wilayah gabungan yang tiada penduduknya di Lautan Pasifik. AS juga memiliki lima wilayah seberang laut utama, iaitu: Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat di Karibia; dan Samoa Amerika, Guam, dan Kepulauan Mariana Utara di Lautan Pasifik. Sesiapa yang lahir di wilayah-wilayah utama tersebut (kecuali Samoa Amerika) memegang kewarganegaraan AS. Warga AS yang tinggal di wilayah-wilayah tersebut diberikan kebanyakan hak dan tanggungjawab yang sama dengan yang tinggal di negeri-negeri, cuma mereka mungkin dilepaskan daripada cukai pendapatan persekutuan, tidak boleh mengundi presiden, ataupun hanya mempunyai perwakilan tanpa kuasa undi di Kongres.

Sejarah Los Angeles

  Bandar Raya/Kota Los Angeles - seringkali disingkatkan kepada L.A. - adalah bandar besar di barat Amerika Syarikat. Ia merupakan kota kedu...